Pada era kini, kebanggaan terhadap bahasa Melayu semakin tenggelam
dek pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari. Bahasa Melayu pada dahulunya pernah menjadi
bahasa lingua franca dan merupakan antara bahasa terpenting yang
digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam perdagangan, perhubungan antarabangsa, pemerintahan dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu pada
hari ini terutamanya dalam medial sosial sudah menjadi semakin parah disebabkan
timbulnya beberapa isu dan cabaran yang memerlukan jalan penyelesaian sebaik
mungkin. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam penggunaan bahasa Melayu tidak
sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat kerana boleh menggugat keutuhanan
dan keaslian bahasa Melayu.
Antara isu dan cabaran penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial ialah persaingan dengan bahasa Inggeris di tanah air sendiri. Kebanyakan masyarakat pada hari ini lebih mengutamakan
penggunaan bahasa Inggeris apabila ingin menyampaikan sesuatu maklumat di media
sosial malahan ada juga sesetengah iklan yang disiarkan di media sosial
menggunakan bahasa Inggeris. Mereka yang
tidak biasa menggunakan bahasa Melayu telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’
terhadap bahasa ibunda. Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari
setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana
terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.
Selain itu, isu dan cabaran yang dihadapi di media sosial juga ialah kebanyakan
masyarakat pada masa kini menggunakan bahasa rojak apabila berbual sesama
mereka sama ada menerusi aplikasi whatsapp, wechat, twitter dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan berlakunya
kerancuan bahasa iaitu penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama
ada dari segi sintaksis, fonologi, kosa kata dan sebagainya . Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat cukup
membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu.
Seterusnya, isu dan
cabaran bahasa Melayu di media sosial juga
juga ialah kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih
kepada berbahasa Melayu dan penonton majoritinya berbangsa Melayu. Perkara
sedemikian amatlah tidak bagus kerana akan memberi pengaruh yang amat besar
terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja kerana mereka sudah terdidik dalam bahasa
Inggeris sejak kecil lagi. Akibatnya, akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan yang akhirnya akan disisihkan sedikit demi sedikit oleh
pengguna bahasanya.
Bahasa Melayu mengalami banyak isu dan cabarannya. Oleh itu, isu
dan cabaran ini hendaklah diatasi sebelum menjadi lebih serius. Antara langkah
untuk mengatasinya ialah dengan memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat. Bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi melalui media sosial hendaklah sentiasa dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa asing. Masyarakat lebih banyak menggunakan media
sosial untuk memberi dan menerima sesuatu maklumat. Oleh sebab itu, perkara ini
hendaklah sentiasa diamalkan dan diajarkan kepada semua golongan terutamanya
golongan kanak-kanak supaya mereka lebih mengutamakan bahasa Melayu berbanding
bahasa asing dalam kehidupan mereka dan seterusnya untuk melatih mereka supaya
membiasakan diri berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Selain itu, para pengacara program di televisyen khususnya mampu
menjadi wahana untuk mengatasi isu dan cabaran bahasa Melayu melalui ucapan
mereka sepanjang mengendalikan sesuatu rancangan. Pembinaan bahasa akan
bertambah kukuh jika penggunaan bahasa Melayu yang betul, baik dan berkesan
dipratikkan dengan sebaiknya oleh pengacara dalam percakapan mereka serta tidak
mengunakan bahasa asing. Pada saat bahasa Melayu sedang berkembang dengan
pesatnya, kekeliruan dan penokok tambahan perbendaharaan kata semakin
berleluasa. Oleh itu, pengacara perlu megambil cakna terhadap perkara tersebut
kerana mampu memberi impak yang besar kepada penonton.
Seterusnya, ibu bapa
hendaklah menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap
anak-anak dan tidak melatih anak-anak untuk menggunakan bahasa rojak ataupun
bahasa dialek apabila
berkomunikasi di media sosial. Penggunaan bahasa Melayu yang betul
akan dapat mengelakkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak
daripada berleluasa. Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa
anak-anak masih kecil supaya mereka akan terbiasa menggunakan bahasa Melayu
yang betul. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang betul tanpa bahasa rojak
perlu diterapkan dalam diri anak-anak supaya tidak menimbulkan masalah dalam
berkomunikasi.
Kesimpulannya,
masyarakat teruatamanya bangsa Melayu sendiri hendaklah mempunyai kesedaran
bahawa bahasa Melayu kini kian terhakis disebabkan adanya isu dan cabaran yang
terpaksa di hadapi teruatamanya di media sosial. Masyarakat tidak sepatutnya
memandang remeh terhadap perkara tersebut kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
warisan nenek moyang kita dan harus dipelihara dan dijaga sebaik mungkin
malahan bahasa juga melambangkan bangsa.
SUMBER RUJUKAN
SUMBER RUJUKAN
Nazli Ali, Nawi Ismail, Azahar Bahahari (2017). 160 Contoh
Karangan SPM. Selangor:
Percetakan JiwaBaru Sdb.
Bhd
Nik Safiah Karim & Nuwairi Khaza’ai (1997). Bahasa Melayu
dalam Cabaran. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik
Malaysia.
Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996). Tatabahasa bahasa Melayu:
perkataan Siri pendidikan
perguruan. Kuala lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007).
Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?. Kuala Lumpur:
PTS Professional
Publishing.
Rozali bin Rajab (2011). Cabaran bahasa Melayu. Retrieved from